Maahad Tahfiz Al-Husni
Pengenalan
Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.
PILIHANRAYA 2013
Pada 3 Januari yang lalu,Maahad Tahfiz Al-Husni telah mengadakan Pilihanraya peringkat sekolah bagi memilih ketua pelajar bagi sesi 2013.Pada tahun ini,sebanyak 4 orang calon telah bertanding bagi merebut jawatan ketua pelajar.Calon-calonnya ialah,Nur Atikah Bt Shamsuddin,17,Fauzatul Busyra Bt Sahya ,15,Nurul Huda Liana Bt Mohd salleh,15, dan Farrah Nafisah Bt NorHaslin ,15.
Pilihanraya dimulakan dengan penerangan daripada Ustazah Hamidah,kemudian disusuli dengan ucapan sepatah dua kata daripada calon-calon yang bertanding.Undian dimulakan pada jam 10.00 pagi.Keputusan undian pula diumumkan pada waktu petang selepas bacaan manzil oleh Ustazah Fatihah selaku pengetua sekolah.Berikut adalah senarai nama AJK pelajar 2013:
1)Nurul Huda Liana Bt Mohd Salleh-Ketua Pelajar
2)Farrah nafisah Bt Norhaslin-Pen ketua pelajar
3 )Fauzatul Busyra Bt Sahya-Ketua Ibadah
4)Nur Atikah Bt Shamsuddin-Ketua Kebersihan
Sekitar Program Pilihanraya 2013
Pilihanraya dimulakan dengan penerangan daripada Ustazah Hamidah,kemudian disusuli dengan ucapan sepatah dua kata daripada calon-calon yang bertanding.Undian dimulakan pada jam 10.00 pagi.Keputusan undian pula diumumkan pada waktu petang selepas bacaan manzil oleh Ustazah Fatihah selaku pengetua sekolah.Berikut adalah senarai nama AJK pelajar 2013:
1)Nurul Huda Liana Bt Mohd Salleh-Ketua Pelajar
2)Farrah nafisah Bt Norhaslin-Pen ketua pelajar
3 )Fauzatul Busyra Bt Sahya-Ketua Ibadah
4)Nur Atikah Bt Shamsuddin-Ketua Kebersihan
Sekitar Program Pilihanraya 2013
KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH DAN HARI SUKANEKA 2012
Terdapat beberapa acara sukaneka yang dipertandingkan,antaranya,YELLOW MASKED RIDER,SMELLY BLOCK,LECEH TOL AR,MOLEK SUNGGUH,dan PLAZA UPTOWN.Pertandingan bola jaring dimenangi oleh kumpulan B mewakili kelas Ustazah Fatonah dengan kedudukan agreged 4-6.Manakala acara sukaneka dimenangi oleh Firqah Ainul Mardiyah mewakili Asrama B.
Pemain harapan sekolah 2012
| Ajk yang terlibat |
| Firqah Asiah mewakili Asrama A |
PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA LAWATAN KE MELAKA
Pihak sekolah telah mengadakan pertandingan kuiz sempena lawatan ke Melaka pada 27 September yang lepas.Pertandingan ini dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan pelajar mengenai tempat-tempat lawatan yng mereka lawati.Mereka diberi masa selama sehari untuk menjawab soalan kuiz tersebut.Pihak juri akan memilih 3 orang pemenang dan 2 orang pemenang saguhati.Kebanyakan pelajar berusaha menjawab soalan kuiz ini,untuk merebut peluang memenangi hadiah tempat pertama iaitu RM 100.
| hadiah-hadiah buat para pemenang |
| para pemenang pertandingan kuiz |
REHLAH KE MELAKA
Pada 25 September yang lepas,pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka. Seramai 33 orang pelajar dan 4 orang guru telah menyertai rombongan ini.Kami bertolak dari sekolah seawal jam 7.00 pagi dan berhenti di Hentian R & R Ayer Keroh untuk bersarapan.Lebih kurang jam 11.00 pagi kami sampai di destinasi yang pertama iaitu Taman Rama-Rama dan Reptilia.
Kemudian,kami berhenti di hadapan Zoo Melaka untuk makan tengah hari.Sebelum meneruskan perjalanan ke zoo,mestilah isi perut dulu.Tepat jam 12.30 tengah hari,kami berada dihadapan kaunter Zoo Melaka untuk membeli tiket masuk.Setelah segala urusan selesai,kami pun meneruskan perjalanan untuk meneroka kawasan zoo ini.
Berbagai-bagai jenis haiwan yang kami jumpai disini.kami juga tidak melepaskan peluang menunggang kuda.
Antara haiwan-haiwan yang ada di Zoo Melaka.
Sebenarnya Muzium ini akan ditutup jam 5.00 petang,jadi kami hanya mempunyai setengah jam sahaja untuk meronda muzium ini.Kami juga sempat menaiki kapal EX KD SRI TERENGGANU yang terletak diluar bahagian Muzium.
![]() |
| Dihadapan pintu masuk Taman Rama-Rama dan Reptilia |
| Berbagai-bagai spesies rama-rama yang ada disini |
| keceriaan terserlah pada wajah pelajar-pelajar walaupun penat |
| pelajar sedang mencatat maklumat tentang haiwan-haiwan yang ada disini |
| Antara haiwan-haiwan yang terdapat disini |
![]() | |||||||
| Sebahagian pelajar dan guru tidak melepaskan peluang bergambar bersama iguana dan burung kakaktua |
![]() | ||
| Pengembaraan bermula.Kami memulakan perjalanan dengan lafaz Bismillah.Sebenarnya penat berjalan kat Taman Rama-Rama tadi tak hilang lagi. |
Antara haiwan-haiwan yang ada di Zoo Melaka.
| Pelajar tidak melepaskan peluang menunggang kuda ,walaupun takut sebenarnya.Berlagak cool jer... |
| Sebahagian pelajar berehat sebentar di trem.Nak merasa je.Dah penat jalan kaki kelililng zoo. |
| para pelajar sedang menikmati pemandangan dari atas kapal |
Sambutan Hari Guru 2012
Pada 19 Mei yang lalu, MTAH telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang diadakan di Musolla MTAH.Walaupun disambut dengan sederhana ,tetapi tetap meriah.Majlis ini bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.Ahli Jawatankuasa bersama para pelajar bertungkus lumus menyediakan jamuan makanan dan menghias musolla.
Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Saudari Maryam Delilah, diikuti dengan persembahan bacaan alunan ayat-ayat suci Al-quran oleh Saudari Fauzatul Busyra dan persembahan sajak daripada Saudari Raudhatul Jinan serta persembahan nasyid daripada sebahagian pelajar.
Majlis dihangatkan lagi dengan sukan dan permainan yang disertai oleh guru-guru.Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada pemenang dan sedikit cenderahati buat guru-guru MTAH. Majlis berakhir dengan
bacaan doa dan jamuan makan .
Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Saudari Maryam Delilah, diikuti dengan persembahan bacaan alunan ayat-ayat suci Al-quran oleh Saudari Fauzatul Busyra dan persembahan sajak daripada Saudari Raudhatul Jinan serta persembahan nasyid daripada sebahagian pelajar.
Majlis dihangatkan lagi dengan sukan dan permainan yang disertai oleh guru-guru.Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada pemenang dan sedikit cenderahati buat guru-guru MTAH. Majlis berakhir dengan
bacaan doa dan jamuan makan .
| pentas hasil kreatif pelajar |
| pelajar bergambar bersama guru dan kakitangan sekolah |
| pengerusi majlis sedang menjalankan tugasnya. |
| Majlis dimulakan dengan bacaan doa |
| Pelajar sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran |
| Sedikit nasihat daripada Ibu Maesun |
Persembahan nasyid HASIL KREATIVITI PELAJAR MTAH |
JAMBORI AMAL ISLAMI MAPPIS 2012
Pada 20 hingga 22 April yang lepas, MAPPIS telah menganjurkan JAMBORI AMAL ISLAMI kali ke 3 bertempat di UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL).Sebanyak 23 buah sekolah telah menyertai program ini.Maahad Tahfiz Al-Husni telah menghantar seramai 9 orang peserta mewakili kontinjen PITAS ZON 6.
| peserta sedang melakukan warm up |
| aksi pemain bola jaring |
| peserta sedang khusyuk mendengar ceramah daripada Ust.Ridhuan Mohd Nor |
| Penyampain hadiah kepada pemenang |
| Peserta Nasyid dan Tilawah al-Quran |
| Bergambar bersama pemenang Pitas Zon 6 |
| Pemain Bola Jaring |
Subscribe to:
Posts (Atom)



