AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR



        Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1433 H/2012 M telah diadakan pada 20-23 MAC 2012 bersamaan 27-30 Rabiul Akhir 1433 bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz ,Shah Alam.Tema pada tahun ini ialah ''Persefahaman asas perpaduan ummah".
       Majlis pembukaan  telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim. Manakala,majlis penutup telah dirasmikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, mewakili Sultan Selangor.Seramai 50 orang peserta telah menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran ini, mewakili 9 buah daerah di Negeri Selangor.




pentas bacaan











   


salah seorang peserta sedang mempersembahkan bacaan









pelajar sedang menjawab soalan kuiz




persembahan nasyid dari kumpulan Rabbani

Johan 1-30 juzu' lelaki

Johan 1-30 juzu' perempuan

penyampaian hadiah kepada peserta
















   


SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-HUSNI

معهد التحفيظ الحسنى

MAAHAD TAHFIZ  AL-HUSNI  

Lot 1123, Jalan Pawang Jalil, Batu 20 1/2 Jeram, Selangor Darul Ehsan.
  No Tel :03-32646271          Email: maahadtahfizalhusni_jeram@yahoo.com.my

Jawatankuasa Pembangunan MAAHAD TAHFIZ AL-HUSNI

WAKAF DAN AMAL JARIAH UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN  MAAHAD TAHFIZ AL-HUSNI

Firman Allah T'aala : Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan di jalan Allah, maka pahalanya untuk kamu sendiri dan janganlah kamu membelanjakan sesuatau melainkan kerana mencari keredhan Allah dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan , nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedanga kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. (Al-Baqarah:272)

Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun 
MAAHAD TAHFIZ AL-HUSNI   AGRO BANK NO 1007291000011211  atau ke akaun 
FATIHAH BINTI ACHMAD FATONI   MAYBANK NO 162133-206595

CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-HUSNI

  • Dibangunkan di atas tanah seluas 2 ekar lot 587 mukim Jeram Selangor.
  • Tanah yang digunakan adalah tanah persendirian diatas nama Mohd Fatih B Hj Achmad Fatoni.
  • kos yang dianggarkan adalah sebanyak RM 2.5 juta .
  • Mampu menampung seramai  400 orang pelajar tahfiz perempuan di dalam 20 buah kelas.
  • Menyediakan rumah bagi guru-guru yang mengajar di maahad tahfiz  ini.                                                                                                                       



MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR

Pada 29 Februari yang lalu, Pejabat Agama Islam Daerah kuala Selangor (PAID) telah mengadakan Majlis Menghafaz Al -quran peringkat daerah Kuala Selangor.Majlis ini telah diadakan di Masjid Nurul Hasanah Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor.Seramai 15 orang peserta lelaki dan wanita yang menyertai majlis  menghafaz al-quran ini.Majlis ini diadakan bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 11.00 malam.Majlis  menghafaz al- quran ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap hafazan peserta.Johan pada setiap kategori akan mewakili daerah Kuala Selangor ke peringkat negeri yang akan diadakan pada pertengahan bulan Mac nanti. Maahd Tahfiz Al-Husni telah menghantar 7 orang peserta wanita yang mewakili 3 kategori.

Kategori pertama 1-10 juzu' yang disertai oleh Siti Adibah Ahmad Akemar,18 tahun,Muslimah Punizan,15 tahun dan Maryam Delilah Mohd Asmuie Mubin,15 tahun.
Kategori kedua 1-20 juzu' yang  disertai oleh Maryam Balqis Ahmad, 16 tahun, Aimi Sobrina Rosman,18 tahun dan Marina Shahira Mohd Yusoff, 19 tahun.
kategori ketiga 1-30 juzu' disertai oleh Farah Adibah Abdul Rahim, 20 tahun.