AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

JAMBORI AMAL ISLAMI MAPPIS 2012

     
  Pada 20 hingga 22 April yang lepas, MAPPIS telah menganjurkan JAMBORI AMAL ISLAMI kali ke 3 bertempat di UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL).Sebanyak 23 buah sekolah telah menyertai program ini.Maahad Tahfiz Al-Husni telah menghantar seramai 9 orang peserta mewakili kontinjen PITAS ZON 6.



peserta sedang melakukan warm up


aksi pemain bola jaring



peserta sedang khusyuk mendengar ceramah daripada Ust.Ridhuan Mohd Nor

Penyampain hadiah kepada pemenang


Peserta Nasyid dan Tilawah al-Quran


Bergambar bersama pemenang Pitas Zon 6




Pemain Bola Jaring
    

ISLAMIC WEEK 2012

      Tanggal 14 APRIL yang lalu,MTAH telah mengadakan MINI PROGRAM ISLAMIC WEEK yang diadakan di Musolla MTAH.Program ini telah dikendalikan oleh AJK Pelajar bersama guru-guru.Program ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 malam.Pelbagai acara menarik telah disediakan.Antaranya, Tilawah Hafazan, Tarannum Al-Quran,Sajak, Bercerita, Kuiz, Pertunjukan busana Muslimah, Lakonan dan Nasyid.

      Mini program ini dianjurkan agar dapat mencungkil bakat-bakat terpendam pelajar.Hasilnya,pelajar dapat mempersembahkan persembahan mereka dengan  baik sekali.Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan sikap saling tolong- menolong antara mereka.Mereka juga saling bertukar-tukar pendapat untuk menghasilkan sebuah persembahan yang dapat menghiburkan penonton seperti lakonan.



para juri profesional

peserta sedang memperdengarkan bacaan tarannum

peserta sedang khusyuk bercerita

peserta sedang menjawab soalan kuiz

 

 

   






   Peserta sedang meragakan    pakaian busana muslimah









Urusetia program


johan keseluruhan

para pemenang