AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

PILIHANRAYA 2013

        Pada 3 Januari yang lalu,Maahad Tahfiz Al-Husni telah mengadakan Pilihanraya peringkat sekolah bagi memilih ketua pelajar bagi sesi 2013.Pada tahun ini,sebanyak 4 orang calon telah bertanding bagi merebut jawatan ketua pelajar.Calon-calonnya ialah,Nur Atikah Bt Shamsuddin,17,Fauzatul Busyra Bt Sahya ,15,Nurul Huda Liana Bt Mohd salleh,15, dan Farrah Nafisah Bt NorHaslin ,15.
         Pilihanraya dimulakan dengan penerangan daripada Ustazah Hamidah,kemudian disusuli dengan ucapan sepatah dua kata daripada calon-calon yang bertanding.Undian dimulakan pada jam 10.00 pagi.Keputusan undian pula diumumkan pada waktu petang selepas bacaan manzil oleh Ustazah Fatihah selaku pengetua sekolah.Berikut adalah senarai nama AJK pelajar 2013:
1)Nurul Huda Liana Bt Mohd Salleh-Ketua Pelajar
2)Farrah nafisah Bt Norhaslin-Pen ketua pelajar
3 )Fauzatul Busyra Bt Sahya-Ketua Ibadah
4)Nur Atikah Bt Shamsuddin-Ketua Kebersihan















Sekitar Program Pilihanraya 2013