Pada 25 September yang lepas,pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka. Seramai 33 orang pelajar dan 4 orang guru telah menyertai rombongan ini.Kami bertolak dari sekolah seawal jam 7.00 pagi dan berhenti di Hentian R & R Ayer Keroh untuk bersarapan.Lebih kurang jam 11.00 pagi kami sampai di destinasi yang pertama iaitu Taman Rama-Rama dan Reptilia.
|
Dihadapan pintu masuk Taman Rama-Rama dan Reptilia |
|
Berbagai-bagai spesies rama-rama yang ada disini |
|
keceriaan terserlah pada wajah pelajar-pelajar walaupun penat |
|
pelajar sedang mencatat maklumat tentang haiwan-haiwan yang ada disini | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
|
|
|
|
|
|
Antara haiwan-haiwan yang terdapat disini |
|
Sebahagian pelajar dan guru tidak melepaskan peluang bergambar bersama iguana dan burung kakaktua
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian,kami berhenti di hadapan Zoo Melaka untuk makan tengah hari.Sebelum meneruskan perjalanan ke zoo,mestilah isi perut dulu.Tepat jam 12.30 tengah hari,kami berada dihadapan kaunter Zoo Melaka untuk membeli tiket masuk.Setelah segala urusan selesai,kami pun meneruskan perjalanan untuk meneroka kawasan zoo ini.
Berbagai-bagai jenis haiwan yang kami jumpai disini.kami juga tidak melepaskan peluang menunggang kuda.
|
Pengembaraan bermula.Kami memulakan perjalanan dengan lafaz Bismillah.Sebenarnya penat berjalan kat Taman Rama-Rama tadi tak hilang lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara haiwan-haiwan yang ada di Zoo Melaka.
|
Pelajar tidak melepaskan peluang menunggang kuda ,walaupun takut sebenarnya.Berlagak cool jer... |
|
Sebahagian pelajar berehat sebentar di trem.Nak merasa je.Dah penat jalan kaki kelililng zoo. |
|
Muke letih je semua.sabar ye.Dah nak sampai dah....
Akhirnya,kami sampai juga ke pintu luar zoo.Sebelum tu,kami diberi peluang oleh ustazah untuk membeli cenderahati untuk kenangan.Setelah puas kami membelek barang -barang yang ada dikedai tersebut,kami pun terus menuju ke bas untuk meneruskan perjalanan.Lebih kurang jam 4.30 petang kami sampai di Muzium TLDM.Bayaran yang dikenakan hanya RM 5.00 sahaja.
Pintu hadapan Muzium TLDM
|
Sebenarnya Muzium ini akan ditutup jam 5.00 petang,jadi kami hanya mempunyai setengah jam sahaja untuk meronda muzium ini.Kami juga sempat menaiki kapal EX KD SRI TERENGGANU yang terletak diluar bahagian Muzium.
|
para pelajar sedang menikmati pemandangan dari atas kapal |
|
Panjang kapal ni ialah 31.5 meter dan berat kapal ni 90.6 tan.
Setelah selesai berjalan-jalan di Muzium TLDM,kami tidak melepaskan peluang membeli -belah di Bandar Hilir.Harga barang -barang disini sangt murah dan berpatutan. Tepat jam 6.00 petang kami bertolang ke Hentian R & R Alor Gajah untuk makan malam dan Solat Jama' maghrib dan isya'.Setelah itu,kami bertolak pulang ke sekolah.kami tiba di sekolah tepat jam 10.30 malam.Walaupun penat,tetapi banyak pengalaman dan ilmu yang dapat kami kutip daripada lawatan ini.
| | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |