AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

REHLAH KE MELAKA

            Pada 25 September yang lepas,pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka. Seramai 33 orang pelajar dan 4 orang guru telah menyertai rombongan ini.Kami bertolak dari sekolah seawal jam 7.00 pagi dan berhenti di Hentian R & R Ayer Keroh untuk bersarapan.Lebih kurang jam 11.00 pagi kami sampai di destinasi yang pertama iaitu Taman Rama-Rama dan Reptilia.


Dihadapan pintu masuk Taman Rama-Rama dan Reptilia

Berbagai-bagai spesies rama-rama yang ada disini

keceriaan terserlah pada wajah pelajar-pelajar walaupun penat

pelajar sedang mencatat maklumat tentang haiwan-haiwan yang ada disini





                                           Antara haiwan-haiwan yang terdapat disini


Sebahagian pelajar dan guru tidak melepaskan peluang bergambar bersama iguana dan burung kakaktua








           Kemudian,kami berhenti di hadapan Zoo Melaka untuk makan tengah hari.Sebelum meneruskan perjalanan ke zoo,mestilah isi perut dulu.Tepat jam 12.30 tengah hari,kami berada dihadapan kaunter Zoo Melaka untuk membeli tiket masuk.Setelah segala urusan selesai,kami pun meneruskan perjalanan untuk meneroka kawasan zoo ini.




  Berbagai-bagai jenis haiwan yang kami jumpai disini.kami juga tidak melepaskan peluang menunggang kuda.
Pengembaraan bermula.Kami memulakan perjalanan dengan lafaz Bismillah.Sebenarnya penat berjalan kat Taman Rama-Rama tadi tak hilang lagi.













   Antara haiwan-haiwan yang ada di Zoo Melaka.




Pelajar tidak melepaskan peluang menunggang kuda ,walaupun takut sebenarnya.Berlagak cool jer...


Sebahagian pelajar berehat sebentar di trem.Nak merasa je.Dah penat jalan kaki kelililng zoo.


Muke letih je semua.sabar ye.Dah nak sampai dah....

  Akhirnya,kami sampai juga ke pintu luar zoo.Sebelum tu,kami diberi peluang oleh ustazah untuk membeli cenderahati untuk kenangan.Setelah puas kami membelek barang -barang yang ada dikedai tersebut,kami pun terus menuju ke bas untuk meneruskan perjalanan.Lebih kurang jam 4.30 petang kami sampai di Muzium TLDM.Bayaran yang dikenakan hanya RM 5.00 sahaja. 

                                                                                                                                                                Pintu hadapan Muzium TLDM
                                                                                        

             Sebenarnya Muzium ini akan ditutup jam 5.00 petang,jadi kami hanya mempunyai setengah jam sahaja untuk meronda muzium ini.Kami juga sempat menaiki kapal EX KD SRI TERENGGANU yang terletak diluar bahagian Muzium.

para pelajar sedang menikmati pemandangan dari atas kapal

                                                                                                                                                               Panjang kapal ni ialah 31.5 meter dan berat kapal ni  90.6 tan.


Setelah selesai berjalan-jalan di Muzium TLDM,kami tidak melepaskan peluang membeli -belah di Bandar Hilir.Harga barang -barang disini sangt murah dan berpatutan. Tepat jam 6.00 petang kami bertolang ke Hentian R & R Alor Gajah untuk makan malam dan Solat Jama' maghrib dan isya'.Setelah itu,kami bertolak pulang ke sekolah.kami tiba di sekolah tepat jam 10.30 malam.Walaupun penat,tetapi banyak pengalaman dan ilmu yang dapat kami kutip daripada lawatan ini.

No comments:

Post a Comment