Pengenalan
Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.
MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1433 H/2012 M telah diadakan pada 20-23 MAC 2012 bersamaan 27-30 Rabiul Akhir 1433 bertempat di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz ,Shah Alam.Tema pada tahun ini ialah ''Persefahaman asas perpaduan ummah".
Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim. Manakala,majlis penutup telah dirasmikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, mewakili Sultan Selangor.Seramai 50 orang peserta telah menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran ini, mewakili 9 buah daerah di Negeri Selangor.
salah seorang peserta sedang mempersembahkan bacaan
pelajar sedang menjawab soalan kuiz
persembahan nasyid dari kumpulan Rabbani
Johan 1-30 juzu' lelaki
Johan 1-30 juzu' perempuan
penyampaian hadiah kepada peserta
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
No comments:
Post a Comment