Tanggal 14 APRIL yang lalu,MTAH telah mengadakan MINI PROGRAM ISLAMIC WEEK yang diadakan di Musolla MTAH.Program ini telah dikendalikan oleh AJK Pelajar bersama guru-guru.Program ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.00 malam.Pelbagai acara menarik telah disediakan.Antaranya, Tilawah Hafazan, Tarannum Al-Quran,Sajak, Bercerita, Kuiz, Pertunjukan busana Muslimah, Lakonan dan Nasyid.
Mini program ini dianjurkan agar dapat mencungkil bakat-bakat
terpendam pelajar.Hasilnya,pelajar dapat mempersembahkan persembahan
mereka dengan baik sekali.Program ini juga dapat memupuk semangat
kerjasama dan sikap saling tolong- menolong antara mereka.Mereka juga
saling bertukar-tukar pendapat untuk menghasilkan sebuah persembahan
yang dapat menghiburkan penonton seperti lakonan.
 |
para juri profesional |
 |
peserta sedang memperdengarkan bacaan tarannum |
 |
peserta sedang khusyuk bercerita |

|
peserta sedang menjawab soalan kuiz
|

Peserta sedang meragakan pakaian busana muslimah
 |
Urusetia program |
 |
johan keseluruhan |
 |
para pemenang |