AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

SAMBUTAN HARI GURU DAN ISLAMIC WEEK 2013

TARIKH:24-25 Mei 2013
MASA: 8 mlm -11 mlm

Tentatif program:

8.00 mlm:  upacara perasmian oleh Mudirah maahad iaitu Ustzh.Fatihah
8.45 mlm: solat isyak berjemaah
9.00 mlm: pertandingan islamic week pun dimulakan dengan acara hafazan ,sketsa dan nasyid
11.00 mlm: acara di tangguhkan pada esok hari
8.00 pagi: Acara diteruskan sehingga jam 12.00 tgh hari.
9.00 mlm: Majlis sambutan hari guru dimulakan dan seterusnya disambung dgn acara penyampaian hadiah.

*Pihak kami mengalu-alukan kedatangan alumni MTAH...









No comments:

Post a Comment