AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

Pilihanraya MTAH 2012


Pada 2hb Januari yang lalu, MTAH telah mengadakan pilihanraya untuk memilih ahli jawatankuasa bagi sesi 2012. Pilihanraya yang pertama kali diadakan ini telah mendapat kerjasama daripada semua pihak. Semua warga MTAH diwajibkan megundi. Pelajar yang dicalonkan ialah:
1 . Aisyah bt. Mohd Hadi Munir 17 tahun,
2  . Nur Safina bt. Mohd Shafie 16 tahun,
3  . Siti Adibah bt. Ahmad Akemar 18 tahun,
4  . Nur Aina bt. Usman 16 tahun,
5  . Muslimah bt. Punizan 15 tahun.


No comments:

Post a Comment