AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

Hari Guru 2011

 Pada tanggal 21 Mei 2011,M.T.A.H telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut.Antaranya persembahan nasyid,bacaan ayat2 al-quran,dan penyampaian hadiah.Pelbagai juadah yang menarik telah disediakan seperti kek,bihun goreng,kuih-muih dan buah-buahan.


persembahan nasyid
                                                                                                                                                           
            hasil kreativiti pelajar
                                                                 
                                                                               
       


              Ditempah khas





                                                         Antara juadah yang disediakan
                                                
                                                                 We love You,Ustazah...

No comments:

Post a Comment