AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

KEM HARI ORENTASI 2012

Pada 5-7 Januari yang lalu, MTAH telah mengadakan Kem Hari Orentasi bagi pelajar sesi 2012.Program ini dianjurkan bagi merapatkan lagi hubungan sesama pelajar supaya mereka saling mengenali.Program ini telah dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa pelajar bersama dengan bekas pelajar.Pelbagai  aktiviti telah dijalankan,antaranya explorace ,malam kebudayaan dan aktiviti sukaneka.Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah pada malam kebudayaan.Para peserta  diminta membuat persembahan berdasarkan undian .Antara persembahan yang dipersembahkan ialah,lakonan, pantomen,nasyid dan bercerita.Peserta2 telah menunjukkan bakat2 yang ada pada mereka. Aktiviti yang paling kejam sekali ialah explorace.Mereka diminta meniarap dibawah jaring seperti askar.Mereka juga didenda meminum air sirap garam.Program ini berakhir pada hari sabtu, jam 12.00 tgh hari.


peserta sedang membuat logo kumpulan
orang kuat program
Barang keperluan peserta

peserta sedang khusuk mendengar taklimat
                           AKTIVITI SUKANEKA


kepong belon
isi air dalam botol


                         MAKAN MALAM PESERTA.......



Istana Biskut
                                                  

No comments:

Post a Comment