AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA LAWATAN KE MELAKA

      

                                


       Pihak sekolah telah mengadakan pertandingan kuiz sempena lawatan ke Melaka pada 27 September yang lepas.Pertandingan ini dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan pelajar mengenai tempat-tempat lawatan yng mereka lawati.Mereka diberi masa selama sehari untuk menjawab soalan kuiz tersebut.Pihak juri akan memilih 3 orang pemenang dan 2 orang pemenang saguhati.Kebanyakan pelajar berusaha menjawab soalan kuiz ini,untuk merebut peluang memenangi hadiah tempat pertama iaitu RM 100.




hadiah-hadiah buat para pemenang

para pemenang pertandingan kuiz



No comments:

Post a Comment