AL QURAN PENYULUH HIDUP

Pengenalan

Maahad Tahfiz Al- Husni merupakan sebuah maahad yang berasaskan pengajian tahfiz sepenuh masa.Ia dibina oleh pengasasnya, Haji Achmad Fatoni bin Tobroni dan Ustazah Maesun Bt Talmad pada tahun 2003.Maahad ini mampu menampung seramai 45 orang pelajar dalam setahun.Pada tahun 2006, maahad ini berdaftar dengan PERSATUAN INSTITUT TAHFIZ SELANGOR(PITAS),dan aktif dalam persatuan ini. Pada tahun 2011, Maahad ini telah didaftarkan dibawah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(JAIS).Maahad ini mempunyai tiga buah kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar setiap kelas.Mempunyai empat orang tenaga pengajar dan tiga orang staf sokongan. Selain menghafaz al-quran sepenuh masa,pelajar juga diberi ilmu fardhu ain. Antaranya,akhlak,feqah,tauhid, tajwid,bahasa arab dan tasauf. Pelajar di maahad ini,diberi tempoh selama 4 tahun untuk menghabiskan hafazan dan kemudian menyambung pelajaran di sekolah menengah atau pondok bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Pelajar maahad ini juga pernah berjaya dalam beberapa pertandingan ujian hafazan di peringkat negeri Selangor dan peringkat kebangsaan.Sepanjang penubuhan maahad ini,kami sudah mengeluarkan seramai 10 orang hafizah yang mempunyai syahadah.

KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH DAN HARI SUKANEKA 2012



            Pada 20 Disember yang lalu,pihak maahad telah mengadakan KEJOHANAN BOLA JARING DAN SUKANEKA peringkat sekolah.Pertandingan ini diadakan di hadapan sekolah.Pertandingan ini bermula pada jam 7.30 pagi di mulai dengan pertandingan bola jaring antara kelas dan disusuli dengan acara sukaneka.Pertandingan ini tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari.
           Terdapat beberapa acara sukaneka yang dipertandingkan,antaranya,YELLOW MASKED RIDER,SMELLY BLOCK,LECEH TOL AR,MOLEK SUNGGUH,dan PLAZA UPTOWN.Pertandingan bola jaring dimenangi oleh kumpulan B mewakili kelas Ustazah Fatonah dengan kedudukan agreged  4-6.Manakala acara sukaneka dimenangi oleh Firqah Ainul Mardiyah mewakili Asrama B.
          Pada sebelah malamnya pula,acara penyampaian hadiah di mulakan kemudian disusuli dengan jamuan akhir tahun.Hadiah telah disampaikan oleh Mudirah Maahad iaitu,Ustazah Fatihah .Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.                                 

                                                       
                                                                   Pemain harapan sekolah 2012

Ajk yang terlibat
                                                                          Firqah Sumayyah mewakili Asrama C
Firqah Asiah mewakili Asrama A























Firqah Ainul Mardiyah mewakili Asrama B



Ahli Firqah  Ainul Mardiyah
Ahli Firqah Sumayyah

MTAH  2012




No comments:

Post a Comment